Cik Adik & Abang

Monday, 21 May 2012

Korea KPOP

Hye2, lalalililuu. haa tgk aku da bosan tahap gaban. Cik no-te, haa sini aku nak habaq mai kat hang. Tiba2 aku dapat idea nak tulis pasei KPOP. Cakap pasal KPOP an mesti ramai tergila2 kan KPOP korea kan. Haa termasuk la aku nie. Mana taknya dorang hensem woo. Kalau kat dorm kolej aku hari2 aku bukak lagu korea, kalau waktu aku happening. Malam aku bukak nasyid sebab nak tenangkan hati. kahkah Muslimah aku gitu.
Kpop korea memang terbaekk kalau nak banding malaysia. Ehh malaysia ada Kpop ke. Haha tapi ape pun Industri Malaysia tanah air aku kena sokong maa, haha layan lagu2 melayu jugakk. Tak lupa tau setia pada yang satu. kahkah.

Haa nak tau group ape aku selalu layan. Mai2 aku list korang baca. haha 
1) Shinee - Kesukaan aku. sebab onew comel sangat
2) BingBang - Lagu mantap, Kawan aku suka dah terikut 
3)SS501 - Tarian awesome sangat, sampai ternganga aku tengok. haha
4)FT Islamd - Lagu comel, kalau korang dengar lagu hello hello mesti ada perkataan tupai-tupai. hahahak
5)Beast - Sangat fantastik. lalala
6)2pm & 2am - Aku confuse tak tahu sikit group nie. hee
7)Super Junior - Ada lee teuk sebb tu aku layan. Walaupun da kawen aku nak jugakk. *gatal2,Abi kau nak letak mana
8)Rainbow - Abi aku suka la ushaa, sexy woo. Pak imam tengok ley tergugat imam ar. haha
9)2NE1 - Rap paling aku suka, layan habis goncang kepala.
10)Sistar- Boleh tahan + sexy jugakk
11)Girl Generation - Cantik bangat dehhh
12) CN BLUE - Banyak temakan blue colour kott

Setakat tu aje aku tau,yang selebihnya adek2 aku yang layan macm org gila. Hantu KPOP. Ntah pape ntah. Aku minat jugakk tapi tak laa cm dorang. Sampai nak bukak channel lain at tv pun tak bagi. Remote control sampai sorok at fredge. Hahahah teruk2 kihkih
Okay laa cik no-te tu je nak habaq. :)

Terima kasih , sayang semua :) Miss u cik no-te

Saturday, 19 May 2012

8 Etika Cara Pemakaian Wanita.

Assalamualaikum. Hye cik no-te, aku datang lagi. Nak update info2 baru lagi. Kali nie aku nak update pasal cara pemakaian bagi wanita pulakk. So marilah membaca & renung2kan tau :D 
Peringatan untuk diri sendiri jugakk. Allahuakbar

List etika :

1)Pakaian mestilah menutup aurat
   
Rasulullah saw bersabda :
Telah berkata Aisyah "Sesungguhnya, Asma' binti Abu bakar menemui Nabi saw dengan memakai busana         yang nipis" Maka nabi berpaling daripadanya dan bersabda "Wahai Asma', sesungguhnya apabila wanita itu telah baligh (sudah haid) tidak boleh dilihat daripadanya kecuali ini dan ini, sambil mengisyaratkan kepada muka dan telapak tangan sahaja."

2)Pakaian tidak terlalu nipis sehingga nampak bayangan tubuh badan dari luar.

"Dua orang ahli neraka yang belum pernah saya lihat adalah : Kaum yang memegang pecut bagai ekor lembu digunakan untuk memukul orang (tanpa alasan), orang yang berpakaian tetapi telanjang bagaikan merayu-rayu melenggok-lenggok membesarkan cemaranya bagaikan punuk unta yang mereng. Mereka tidak akan masuk ke syurga dan tidak akan dapat mencium bau syurga, sedangkan bau syurga dapat dicium dari yang sangat jauh. " (Riwayat Muslim).

3) Pakaian tidak ketat atau sempit tetapi longgar atau selesa apabila dipakai. Ia menutup bahagian2 bentuk tubuh yang menggiurkan nafsu lelaki dan ia menutup aspek kehaiwanan dari insan tersebut.

Dalam sebuah riwayat dari Abdullah bin Abi Salamah bahawa Umar Bin Khattab menghadiahkan kepada seseorang dengan pakaian nipis buatan Mesir Lama, kemudian berkata " Jangan dipakaikan kepada isteri2 kamu !" Lalu seseorang berkata " Ya Amirul Mukminin aku telah memakainya untuk isteriku, kemudian memutarkan badanya tetapi tidak kelihatan auratnya. "Lalu Umar berkata, " Memanglah auratnya tidak nampak, tetapi bentuk tubuhnya nampak ".

4) Warna pakaian itu suram atau gelap, seperti warna hitam atau kelabu asap atau perang sehingga tiada bernafsu lelaki yang melihatnya. ( terutama pakain seperti jibab atau abaya). Menurut Ibnu Kathir di dalam tafsiranya pakaian wanita2 pada zaman Nabi saw etika mereka keluar rumah berwarna hitam.

5) Pakaian tersebut tidak sesekali disemerbakkan denganbau-bauan yang harum, demikian juga tubuh badan wanita itu. Kerana bau-bauan ini ada pengaruh atas nafsu lelaki yang ajnabi. Perempuan yang memakai bau-baun ketika keluar rumah sehingga lelaki mencium baunya disifatkan oleh Rasulullah saw sebagai zaniyah, yakni pelacur atau penzina.

"Wahai apabila memakai wangi-wangian, kemudian menjalani melintasi kaum lelaki maka dia itu begini dan begini iaitu pelacur. " (Riwayat Abu Dawud dan Tarmizi)

6)Pakaian itu tidak bertashabbuh dengan pakaian lelaki yakni meniru-niru atau menyerupai lelaki.

Telah bersabda Ibnu Abbas :
'Rasulullah saw telah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita-wanita  yang menyerupai lelaki " (Riwayat Bukhari)

7) Pakaian itu tiada bertashabbuh dengan pakain perempuan-perempuan kafir & musyrik.

8) Pakain itu bukanlah libasu sh-shuhrah, yakni pakaian untuk bermegah-megah , untuk menunjuk-nunjuj atau bergaya.




Ya Allah Ya Tuhanku, Kau ampunkanlah segala dosa2 ku. Kau la Maha Berkuasa, Maha Agung & Segalanya. Jangan jadikan aku seorang hamba yang lemah malah kau kuatkanlah keimanan ku dan tingkatkanlah kesabaran aku. Aminn







Na Na Na.



Love this song. & love singer this song also. Hikhik. Hensem woo. Korang dengar laa. best. 
Enjoy It guyss :)

Friday, 18 May 2012

Hoorayy Akhirnya :)

Assalamualaikum cik blog aka aik no-te.
Haa cik no-te sihat tak? hope cik2 no-te sihat ye. kihkih. 
Haa cik no-te, sini laa nak cite sikit nie. Nak cakap pasal sesat.
Nak tau cm ne ley sesat?? mai laa dengar
1st makcik atau dikenali adik mak aku dtg amik aku kat kolej. Pastu guard pulakk tak bagi kete masuk. Wahh sakit hati  betoii, da laa barang bnyak. tk pasei2 kena pth balik amik beg. Geramm nieyh.
Arghh da abaikan. Okay cm ne ley sesat kan. haha 
alkisah kami ikut jalan biasa yg selalu bapak aku ikut. Jalan tu mmg takyah cakap Nauzubillah gelap gilaa. Susah nak drive malam2. Kalau nampak bnda lain punn cuakk ar. hee
Pastu kalau ikutkan kiteorg kua ikut hihgway linggi tapi tengok kiteorang terlajak sampai hihgway seremban. perjalanan dah laa lama, pastu jalan ber-bengkang bengkok, poning kepala den haa.@___@
Lepas tu sampai laa ke KL. Tanah airku. Cewahh. Dah sampai tak tahu pulakk jalan mana nak follow. Nak ikut cheras / bandar tun razak. Tanya  mak den, mak lagi la blurr sebab bukan kaki jalan nak ingat jalan KL. 
Lagi2 anak dia lagi laa tak tau jalan area situ, wat semak paler je. Pusing2 tempat sama je. :D
Last2 yang aku tau bandar tun razak je, haa akhirnya jumpa jugak sign board ulu kelang/ampang.Haha
Hampir satu jam jugak laa sesat jalan KL. kalau bagi jalan ke KLCC,BB ke tau laa. sebab selalu lepak sana. kahkah. arghh ape aku ksah. lalala~
Dan dijadikan cerita sampai da rumahh haa. Selamat da punn. :D
Penat, penat , best dapat menikmati jalan KL waktu tengah malam. ^___$
Okay selamat malam dunia & cik no-te.








 Terima kasih cik no-te :D

Wednesday, 16 May 2012

Wanita Srikandi Ummah :)


 'Wanita yang dimasyhurkan kerana tidak ditonjolkan. Ia tersembunyi biarpun hadir yang mengegarkan '.
Dia adalah hawa. Dicipta sebagai wanita/perempuan. Pelengkap bagi setiap lelaki diatas muka bumi ini yang mempunyai keistimewaan paling mahal di dalam menjana peribadi umggul dan berprestij. Dia aspirasi setiap generasi akan datang. Fitrahnya yang lembut, berhikmah, halus dan tersendiri. Mempunyai sentuhan ajaib yang terlalu sukar untuk diganggu gugat. Agung dan uniknya wanita kerana menjadi tapak semaian pertama benih2 generasi yang bakal mewarnai dengan agenda perjuangan. Dilahirkan sebagai wanita, insan yang dianggap lemah ini tidak pernah teragak-agak bergandingan dengan rijal sebagai serikandi yang mekar dan terus mewangi di taman dakwah dan jihad. Senyuman adlah rahsi tersingkap, tangisan adalah rasa hati dan kemarahan adalh pemberontakan kasih sayang. Tidak seperti pada zaman jahiliah, wanita dianggap lambang kehinaan, punca kepapan,satu kaum yang ternilai dan boleh ditanam hidup-hidup. Memanjangkan hayat bagi seseorang wanita bermakna membenarkan kehinaan bertapak didalm keluarga. Wanita adalh golongan terpinggir yang tidak pernah diiktiraf didalm meneruskan kehidupan mereka. Kebencian mereka terhadap wanita telah didedahkan oleh ALLAH telah dijelaskan didalam Al-Quran yang bermaksud :

'Dan apabila seseorang dari mereka diberi khabar gembira dengan kelahiran anak perempuan, hitamlah (merah padamlah) mukanya dan dia sangat marah. Ia menyembunyikan dirinya dari orang ramai, disebabkan buruknya berita yang disampaikan kepadanya. Apakah dia akan memeliharanya dan menanggung kehinaan ataukah akan menguburkan ke dalam tanah (hidup2)? Ketahuilah alangkah burunya apa yang mereka tetapkan itu ' 
Surah An-Nahl : Ayat 58-59

Kedatangan islam meninggikan martabat wanita untuk bergerak seiring dengan kaum lelaki sebagai syap kiri perjuangan. FirmanNya yang bermaksud :

'Dan orang2 yang beriman, lelaki serta perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebhagian yang lain. Mereka menyuruh yang ma'aruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan solat, menunaikan zakat dan taat kepada ALLAH dan RasulNya.Mereka itu dberi rahmat oleh ALLAH, sesungguhnya ALLAH Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana'
Surah AT -Taubah : Ayat 71

Kelahiran Saiditina Khadijah, Aisyah, Fatimah, Asma' , Rabiatul Al Adawiyah dan serikandi2 pejuang didikan madrasah Rasulullah menyerlahkan imej wanita sebagai ratu manusia dan ibu yang telah berjaya membentuk generasi rabbani. Saiditina  Khadijah adalah lambang keunggulan wanita muslimah. Sebaris nama itu sering menjadi sebutan dibibir Rasulullah SWT biarpun pada hari2 selepas kewafatannya. Dia adalah wanita pertama yang menjadi penyeri dunia Rasulullah SWT. Fatimah yang solehah mempunyai peribadi yang anggun yang menjadi nadi kepada kelangsungan hayat Saidina Ali. Beliau tidak suka melihat lelaki dan tidak suka pula dilihat oleh lelaki. Asma' telah berjaya melahirkan Abdullah Az Zubir, panglima yang gagah berani melalui kemantap tarbiyyahnya. Rabiatul Al Adwiyah merupakn sumber inspirasi cinta yang sentiasa merindui Tuhannya. Beliau sering didalam keasyikan cinta AL-HAQ yang sering melafazkan alunan resah pada setiap penjuru dosa.



“ DUNIA ADALAH PERHIASAN. SEBAIK-BAIK PERHIASAN DUNIA IALAH WANITA YANG SOLEHAH”.
- riwayat Muslim –





Monday, 14 May 2012

Puasa :)

Assalamualaikum.
heyhey korang nak pergi mana tu? Sabar laa jangan lari. emma nak story sikit nie. hehe
Alaa cite tak best mana pun macam 'Ombak Rindu'. kan kan
Cuba tengokk title blog emma. Haa cite pasal puasa (fast)- bukan pantas tau. hikhik
Cam nie laa, aku hari nie puasa. Da masuk 2 hari punn. Puasa ganti +++ dan sunat sekali.
Kita sebagai manusia mudah lupa kan. Yelaa tahun lepas punya puasa punn aku tak ingat berapa hari kena ganti. haha terukk kan aku nie. wink wink
Tapi nasib baik laa aku tak puasa sorang2 mesti iman aku tergugat jugakk. Da laa aku nie ber-pantang. Haha pantang nampak makan. Laju je nak makan. Perghh sedapnyaa.
(Woii, emma kau puasa laa, jangan ingat makanan. Batal2 (Astaghfirullahalazim) :)
Haa tak lama lagi kita akan puasakan. Jadi kita kalau boleh jangan meninggalkan yang wajib. Kita tunaikan segala suruhannya dan tinggalkan segala larangannya. Amal ma'aruf nahi mungkar.
Insyallah kita akan diredhai didunia serta akhirat kelakk.
Kepada yang tak boleh puasa tu jangan la buat perkara yang membolehkan yang berpuasa nie batal puasa. Hormat la sikit sebagai orang islam. Sorok2 laa kalau nak buat punn.
Bagi yang lain pula yang saja gatei nak ponteng puasa , batalkan saja niat anda.
Nanti nak menggantikannya susah. Macam aku nie. Haha
Ape2 pun Selamat Berpuasa kepada rakan ku Ungku & Kakak Iera.
kahkah :D

Sunday, 13 May 2012

NUFAZ

Assalamualaikum U alls.
Blog untuk kali ini Introduce myself.
Nama diberi Nurfatimah As Zarrah, Panjang dan nama yang tersangatt la sedap. haha 
(angkat bakul sendiri weyy)
Aku dilahirkan di KL tanggal 17/11 bersamaan tak tahu berapa masihi. (sengal doe..)
Ada my lovely mum & dad, 3 brothers and 4 sister including one of me :) 
Hobi aku? humm ntah laa kadang tak tentu, ikut perubahan pada hormon aku. Haha
Kadang- kadang aku suka melalak, suka baca novel dan kadang gak aku suka cakap sorang-sorang
Aiyokkk, aku da tak betoi.. haha
Aku sekarang ,asih belajar, dan terkapai mencapai ke menara gading. Amik jurusan kejururawatan di melaka.
Aku amik sebab da nie sesuai untuk aku kott. haha (ye kan saja)
Aku harap aku akan berjaya didunia & diakhirat disamping dengan tulus doa daripada kedua ibubapa aku yang tak putus2 menyokong aku dari tulang belakang nie. :) *ayat skema seyhh
Kekasih? Kau kekasih awal dan akhir *lagu Jamal tauu. Yupp, im not single available.
Im taken by him already since last year. In our relationship almost 1year 3months.
Tak lama mana pun tapi ape yang aku harapkan hubungan aku dan si dia akan direstui oleh ibubapa kedua belah pihak dan direstui olehNya didunia dan diakhirat. Aminn.
Thanks Afiq Fadhlullah Yusoff . :)

Ur smile make me smile Myabi