'Wanita yang dimasyhurkan kerana tidak ditonjolkan. Ia tersembunyi biarpun hadir yang mengegarkan '.
Dia adalah hawa. Dicipta sebagai wanita/perempuan. Pelengkap bagi setiap lelaki diatas muka bumi ini yang mempunyai keistimewaan paling mahal di dalam menjana peribadi umggul dan berprestij. Dia aspirasi setiap generasi akan datang. Fitrahnya yang lembut, berhikmah, halus dan tersendiri. Mempunyai sentuhan ajaib yang terlalu sukar untuk diganggu gugat. Agung dan uniknya wanita kerana menjadi tapak semaian pertama benih2 generasi yang bakal mewarnai dengan agenda perjuangan. Dilahirkan sebagai wanita, insan yang dianggap lemah ini tidak pernah teragak-agak bergandingan dengan rijal sebagai serikandi yang mekar dan terus mewangi di taman dakwah dan jihad. Senyuman adlah rahsi tersingkap, tangisan adalah rasa hati dan kemarahan adalh pemberontakan kasih sayang. Tidak seperti pada zaman jahiliah, wanita dianggap lambang kehinaan, punca kepapan,satu kaum yang ternilai dan boleh ditanam hidup-hidup. Memanjangkan hayat bagi seseorang wanita bermakna membenarkan kehinaan bertapak didalm keluarga. Wanita adalh golongan terpinggir yang tidak pernah diiktiraf didalm meneruskan kehidupan mereka. Kebencian mereka terhadap wanita telah didedahkan oleh ALLAH telah dijelaskan didalam Al-Quran yang bermaksud :
'Dan apabila seseorang dari mereka diberi khabar gembira dengan kelahiran anak perempuan, hitamlah (merah padamlah) mukanya dan dia sangat marah. Ia menyembunyikan dirinya dari orang ramai, disebabkan buruknya berita yang disampaikan kepadanya. Apakah dia akan memeliharanya dan menanggung kehinaan ataukah akan menguburkan ke dalam tanah (hidup2)? Ketahuilah alangkah burunya apa yang mereka tetapkan itu '
Surah An-Nahl : Ayat 58-59
Kedatangan islam meninggikan martabat wanita untuk bergerak seiring dengan kaum lelaki sebagai syap kiri perjuangan. FirmanNya yang bermaksud :
'Dan orang2 yang beriman, lelaki serta perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebhagian yang lain. Mereka menyuruh yang ma'aruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan solat, menunaikan zakat dan taat kepada ALLAH dan RasulNya.Mereka itu dberi rahmat oleh ALLAH, sesungguhnya ALLAH Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana'
Surah AT -Taubah : Ayat 71
Kelahiran Saiditina Khadijah, Aisyah, Fatimah, Asma' , Rabiatul Al Adawiyah dan serikandi2 pejuang didikan madrasah Rasulullah menyerlahkan imej wanita sebagai ratu manusia dan ibu yang telah berjaya membentuk generasi rabbani. Saiditina Khadijah adalah lambang keunggulan wanita muslimah. Sebaris nama itu sering menjadi sebutan dibibir Rasulullah SWT biarpun pada hari2 selepas kewafatannya. Dia adalah wanita pertama yang menjadi penyeri dunia Rasulullah SWT. Fatimah yang solehah mempunyai peribadi yang anggun yang menjadi nadi kepada kelangsungan hayat Saidina Ali. Beliau tidak suka melihat lelaki dan tidak suka pula dilihat oleh lelaki. Asma' telah berjaya melahirkan Abdullah Az Zubir, panglima yang gagah berani melalui kemantap tarbiyyahnya. Rabiatul Al Adwiyah merupakn sumber inspirasi cinta yang sentiasa merindui Tuhannya. Beliau sering didalam keasyikan cinta AL-HAQ yang sering melafazkan alunan resah pada setiap penjuru dosa.
“ DUNIA ADALAH PERHIASAN. SEBAIK-BAIK PERHIASAN DUNIA IALAH WANITA
YANG SOLEHAH”.
- riwayat Muslim –
- riwayat Muslim –
No comments:
Post a Comment