Assalamualaikum. Hye cik no-te, aku datang lagi. Nak update info2 baru lagi. Kali nie aku nak update pasal cara pemakaian bagi wanita pulakk. So marilah membaca & renung2kan tau :D
Peringatan untuk diri sendiri jugakk. Allahuakbar
List etika :
1)Pakaian mestilah menutup aurat
Rasulullah saw bersabda :
Telah berkata Aisyah "Sesungguhnya, Asma' binti Abu bakar menemui Nabi saw dengan memakai busana yang nipis" Maka nabi berpaling daripadanya dan bersabda "Wahai Asma', sesungguhnya apabila wanita itu telah baligh (sudah haid) tidak boleh dilihat daripadanya kecuali ini dan ini, sambil mengisyaratkan kepada muka dan telapak tangan sahaja."
2)Pakaian tidak terlalu nipis sehingga nampak bayangan tubuh badan dari luar.
"Dua orang ahli neraka yang belum pernah saya lihat adalah : Kaum yang memegang pecut bagai ekor lembu digunakan untuk memukul orang (tanpa alasan), orang yang berpakaian tetapi telanjang bagaikan merayu-rayu melenggok-lenggok membesarkan cemaranya bagaikan punuk unta yang mereng. Mereka tidak akan masuk ke syurga dan tidak akan dapat mencium bau syurga, sedangkan bau syurga dapat dicium dari yang sangat jauh. " (Riwayat Muslim).
3) Pakaian tidak ketat atau sempit tetapi longgar atau selesa apabila dipakai. Ia menutup bahagian2 bentuk tubuh yang menggiurkan nafsu lelaki dan ia menutup aspek kehaiwanan dari insan tersebut.
Dalam sebuah riwayat dari Abdullah bin Abi Salamah bahawa Umar Bin Khattab menghadiahkan kepada seseorang dengan pakaian nipis buatan Mesir Lama, kemudian berkata " Jangan dipakaikan kepada isteri2 kamu !" Lalu seseorang berkata " Ya Amirul Mukminin aku telah memakainya untuk isteriku, kemudian memutarkan badanya tetapi tidak kelihatan auratnya. "Lalu Umar berkata, " Memanglah auratnya tidak nampak, tetapi bentuk tubuhnya nampak ".
4) Warna pakaian itu suram atau gelap, seperti warna hitam atau kelabu asap atau perang sehingga tiada bernafsu lelaki yang melihatnya. ( terutama pakain seperti jibab atau abaya). Menurut Ibnu Kathir di dalam tafsiranya pakaian wanita2 pada zaman Nabi saw etika mereka keluar rumah berwarna hitam.
5) Pakaian tersebut tidak sesekali disemerbakkan denganbau-bauan yang harum, demikian juga tubuh badan wanita itu. Kerana bau-bauan ini ada pengaruh atas nafsu lelaki yang ajnabi. Perempuan yang memakai bau-baun ketika keluar rumah sehingga lelaki mencium baunya disifatkan oleh Rasulullah saw sebagai zaniyah, yakni pelacur atau penzina.
"Wahai apabila memakai wangi-wangian, kemudian menjalani melintasi kaum lelaki maka dia itu begini dan begini iaitu pelacur. " (Riwayat Abu Dawud dan Tarmizi)
6)Pakaian itu tidak bertashabbuh dengan pakaian lelaki yakni meniru-niru atau menyerupai lelaki.
Telah bersabda Ibnu Abbas :
'Rasulullah saw telah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita-wanita yang menyerupai lelaki " (Riwayat Bukhari)
7) Pakaian itu tiada bertashabbuh dengan pakain perempuan-perempuan kafir & musyrik.
8) Pakain itu bukanlah libasu sh-shuhrah, yakni pakaian untuk bermegah-megah , untuk menunjuk-nunjuj atau bergaya.
Ya Allah Ya Tuhanku, Kau ampunkanlah segala dosa2 ku. Kau la Maha Berkuasa, Maha Agung & Segalanya. Jangan jadikan aku seorang hamba yang lemah malah kau kuatkanlah keimanan ku dan tingkatkanlah kesabaran aku. Aminn